Saturday, 4 October 2014

Salahku

Kawan..
Tak perlu kau ubah dirimu
Tak perlu kau sakiti lagi dirimu
Cukuplah sampai di situ
Jangan kau tambah lagi derita itu
Jangan kau robek lagi hatimu

Tak perlu..
Tak perlu kau berubah mengikut kehendak orang
Orang ini pelbagai ragam
Berdirilah di situ
Menjadi dirimu

Biar
Biar mereka nampak engkau
Yang sebenar
Terima kau yang itu
Bukan yang hipokrit
Bukan yang menipu

Jangan
Jangan kau biar mereka
Mempengaruhi kau
Ke jalan yang belum tentu ada hujungnya


Ke jalan gelap
Ke jalan yang membawa kau
Kepada musuh-musuhmu

Terimalah
Terimalah nasihat rakan-rakanmu
Yang akan membawa kau ke jalan yang berpenghujung
Yang setia berdiri di sebelahmu
Di waktu bangun jatuhmu
Di waktu suka dukamu

Walaupun ia pahit telanlah
Kerana akhirnya
Yang pahit akan menjadi manis

Bukan yang berada di hadapan
Ya..
Mereka akan memimpin
Tapi belum tentu kau akan mengikutnya
Belum tentu dia akan memastikan kau mengikutnya
Mungkin dia akan bongkak
Mungkin dia akan lupa akan
Ikatan persahabatan
Ini

Bukan yang berada di belakang
Karna
Belum tentu
Dia akan mengikutimu
Belum tentu kau dapat memimpinnya
Nanti
Mungkin kau akan alpa
Mungkin kau akan lupa

Telanlah
Walau pahit
Nanti dia kan jadi manis
Walau perit
Nanti dia kan terubat kembali
Kita tak sempurna
Namun
Saling menyempurnai

Karya:Z


No comments:

Post a Comment