Saturday, 4 October 2014

Rasa Dipermainkan

kadang kala
aku teringin sangat
teringin mahu bertanya kepadamu 
bahawa benarkah perasaanmu itu?
bukan apa
aku cuma takut kau cuma
ingin memainkan aku ;
memainkan perasaanku

mungkin kau tidak sedar 
aku cemburu tika melihatmu
rancak berbual bersama orang di hadapanku
dan mungkin juga kau takkan sedar
kerana aku sering pendamkan perasaan itu

aku tidak mahu menunjukkan 
bahawa aku mudah cemburu kepada orang yang
AKU SAYANG
kerana aku tahu kau bukannya 
seorang yang suka 
seseorang yang kuat cemburunya

aku gembira saat kau kata kau ingin berbual denganku
tapi aku tahu mesti itu cuma kata-kata sahaja
KAN?

aku tunggu 
tunggu kau membuktikan kata-kata kau
tapi 
aku tak berharap
kerna aku tahu 
ia mungkin 
takkan pernah berlaku..  

KARYA : E

No comments:

Post a Comment