Sunday, 31 January 2016

BIAR

Biar kan aku untuk aku pendam
Pendam apa yang aku rasa
Mungkin kau nampak aku happy
Tapi kau tak tahu aku sedang bersedih

Biar cuma aku sahaja tahu bagaimana 
Peritnya rasa itu
Jika aku beritahu kepada kau 
Tak semestinya kau mengerti

Memang
Memang aku tak luahkan di twitter 
Memang aku tak luahkan di laman sosial
Memang aku tak luahkan pada kau
Tapi 
Kenapa kau tidak sedar akan 
Kelukaan di hatiku berdasarkan
Apa yang aku tulis di laman sosial?

Aku tahu kau baca
Aku tahu kau tahu apa yang aku rasa
Tapi 
Kenapa kau seperti tidak endah?
Kenapa kau bertanyakan pula 
Tentang orang lain?

Aku tidak kisah
Sama sekali tidak
Aku tidak cemburu
Tak pernah terlintas di lubuk hatiku 
Untuk mempunyai perasaan sebegitu

Aku tahu kau tidak suka pada orang yang
Kuat cemburunya 
Aku cemburu kerana bersebab
Aku cemburu kerana aku sayang
Tapi 
Aku tahu kau takkan pernah tahu semua itu
Kerana aku pendam 
Dan terus pendam
Walau sesakit bagaimanapun yang aku rasa
Tak apa 
Aku tahu itu jalan yang terbaik
Aku tahu itu sahaja jalannya
Aku tidak mahu kau tahu bersebab 
Semuanya cuma aku sahaja yang tahu

Maaf jika aku jadi sebegini di mata kau
Aku bukan seperti yang kau jangkakan
Tapi aku akan cuba untuk jadi terbaik
Walaupun kau akan lupakan aku
Suatu hari nanti...
Aku tidak kisah 
Asalkan aku dapat melihat kau bahagia

Biarlah aku pendam apa yang ku rasa
Dan cuba untuk bongkak pada diri sendiri
Bahawa aku boleh maju
Walau hatiku terluka... 


KARYA : E

No comments:

Post a Comment