Aku tidak faham kenapa kau kongkong diri aku
Aku tulis itu semua bukan untuk kau
Jadi kenapa kau nak terasa?
Kenapa kau nak sindir aku habis-habisan?
Kenapa kau seperti mahu maki aku?
Aku tahu itu untuk aku
Perlu ke kau buat macam itu?
Kalau kau nak tahu
Aku dah lama sabar
Aku dah lama diam
Aku dah lama pendam
Dengan semua tindak tanduk kau
Pernah kau tahu?
Tak kan?
Sebab kau hanya fikir pasal
Kepuasan hati kau
Kau hanya fikir pasal hati kau sorang je
Kalau kau nak tahu
Aku diam kerana aku tahu kau takkan menyokong aku
Aku pendam kerana aku tahu kau takkan beri respon kepada aku
Aku dalam dunia aku sendiri sebab aku mahu kebebasan, tapi kau kongkong hidup aku
Aku diam kerana aku masih boleh bersabar
Aku ikut rentak kau sebab aku dah penat
Aku tak berkomunikasi dan bergaul sebab aku tahu cara percakapan kau adalah main cakap lepas
Dan itu membuatkan aku terluka
Kau sedar tak?
Sedar tak?
Kau takkan sedar sebab ego kau tinggi
Enough is enough
Aku nak kebebasan untuk meluahkan apa yang aku rasa tanpa ditanya itu dan ini
Kau mahu kongkong hidup aku sampai bila?
Jangan fikir kau itu terlalu hebat
Aku dah lama bersabar
Ya! Lama sangat
Aku diam diam dan terus diam
Kau tak sedar luka di hati aku ini
Hati aku bagaikan hancur apabila kau bilang begitu pada aku
Hati aku bagai dihiris saat perkataan
BODOH kau tujukan pada aku
Aku nangis
Ya! Itu sahaja aku mampu buat
Aku diam sebab aku sayang
Sebab aku hormat
Tapi kau PIJAK aku
Cukup!
Hentikan permainan kau itu
Hentikan talam dua muka kau itu
Aku sudah penat nak bermain dengan kau
Aku sudah penat nak menanggung rasa ini
Kau takkan pernah nak faham aku
Kerana apa
Kerana kau cuma menganggap aku seperti
PATUNG CENDANA
Yang tiada hati, tiada perasaan
Hati aku hancur
Hati aku lebur
Hati aku musnah
Hati aku penuh dengan luka
Hati aku penuh dengan parut
Aku tahu kau dan yang lain lagi hebat dari aku
Tapi tak bermakna kau boleh merendahkan aku,memijak kepala aku, melukai perasaan aku
I'm so done with this
Tired to face all of this.
Tired and too much
No comments:
Post a Comment