Tuesday, 9 December 2014

T.R.A.U.M.A

Trauma?
Ya, aku trauma
Trauma dengan hidupku
Trauma dengan orang disekeliling
Trauma dengan masalah yang berulang

Senyum
Tika hati yang sedang rabak
Bukan mudah
Mungkin senyuman palsu yang menjadikan
IA MUDAH
Tapi
Untuk melakukan
Perit
Perit yang tak terkata

Aku majukan langkahku
Bagaikan seorang HIPOKRIT
Ya,
Hipokrit pada diri
Hipokrit pada rakan
Hipokrit pada khalayak ramai
Hipokrit kepada dunia

Perasaan menyesal menguasai
Hati dan Akal

Masalah yang hadir
Bagaikan pisang berbuah dua kali

Mengapa harus ia berulang?
Kenapa mesti semua ini berlaku?
Aku tau aku seolah-olah menyalahi takdir
Tapi
Aku tak mampu berhenti 
Untuk menyoalkan segalanya
Semuanya bermain dibenak fikiran aku

Aku tahu bukan dunia jika tidak diuji... 
Aku pasrah
Pasrah dengan segalanya 


Karya : E

Friday, 21 November 2014

Datang dan Pergi

Oh,maaf..
Aku lupa.....
Aku yang dulu..
Bukan..
Aku yang sekarang....
Dulu aku ada..
Pada setiap masa..
Untuk kawan-kawan aku,.
Aku tak kira..
Kalau aku sendiri tengah bermasalah..
Kalau aku sendiri sibuk...
Aku berkongsi segala suka dan duka..
Bersama..
Aku ketawa bersama kawan-kawanku..
Dan..
Aku menangis bersama mereka..

Tapi..

Aku yang sekarang ni..
Masih sama..
Aku tak kisah meluangkan masa
Untuk diaorang
Cuma kini
Aku hanya tempat mengadu
Aku datang untuk merawat
Meminjamkan bahu untuk menangis
Kemudian..
Aku akan pergi
Setelah semuanya kembali 
Kepada sediakala
Sebab aku bukan tempat untuk
Bergelak tawa
Aku tak layak untuk itu
Dimata korang

Aku dah terbiasa 
Dengan semua itu..
Cuma
Kekadang..
Aku rindu situasi lama
Aku tak kisah
Sebab
Pada aku
Kebabagiaan aku adalah
Pabila
Orang disekeliling aku gembira
Walau bukan bersama aku

Aku rela DATANG dan PERGI
Jika itu membuatkan korang gembira

Karya:Z

Tuesday, 21 October 2014

Tinggalkan Aku

Haritu aku dapat tahu yang kau bergaduh
Bergaduh dengan kawan aku 
Dan mungkin geng kita
Aku mendiamkan diri
Aku cuba untuk support kau
Kau mungkin dah okay
Tapi
Kau send pesanan buat aku
Kau kata mungkin kau takkan layan aku
Macam biasa
Mungkin kau takkan boleh nak dengar
Semua masalah aku
Mungkin kau akan pergi lepas ni
Sungguh!
Aku terdiam
Aku kaku
Aku sentap
Aku sedih
Aku rasa seperti nak nangis 
Tapi aku tahan
Aku cuba untuk fikir positif

Bila kau ucapkan kata kata terakhir
Dan pesanan aku untuk kau pun
Kau tak balas
Dan..
Ya!
Kau benar-benar nak tinggalkan aku
Aku sedih
Aku down
Aku tak ada mood

Aku rindu
Rindu sangat dekat kau
Aku rindu nak bercerita dengan kau
Tapi
Kau nak tinggalkan aku
Semua nak tinggalkan aku
Lepas ni siapa?
Apakah kau dah tak sayang aku?
Apakah korang dah benci aku?
Apakah korang dah memang tak sayang aku?
Sampai hati korang
Aku cuba untuk bertahan agar aku sentiasa
Ada disisi korang
Tapi korang tak faham
Korang tinggalkan aku dengan begitu
MUDAH

Harini aku lihat
Kau pergi ke suatu tempat
Dengan rakanku
Kau pergi berdua
Aku rasa nak nangis apabila melihatnya
Biasanya kita akan bertiga
Tapi 
Kau seperti dah melupakan aku

Ya!
Aku tak berguna
Aku tak layak untuk kau
Dan semua orang
Aku sedar 
Aku siapa

Mungkin 
Inilah pengakhiran persahabatan kita?
Sebab kau dah tak contact aku lagi

Karya : E

Monday, 20 October 2014

Rindu

Aku rindu sangat dekat kau
Aku tak tau kenapa
Tapi aku rindu sangat
Tak pernah aku rindu orang sampai
Macam ni sekali

Aku rindu nak terima inbox dari kau
Aku rindu nak chat dengan kau
Aku rindu dengan childish kau
Aku rindu dengan cara kau nak up kan aku
Rindu
Rindu sangat

Tapi
Sekarang mungkin kau sibuk
Sibuk belajar untuk peperiksaan

Sunyi
Telefon aku sunyi sebab tak ada siapa layan
Telefon aku sunyi sebab tak ada inbox
Walaupun ada orang lain yang chat
Tapi
Aku rasa macam kekurangan
Mungkin sebab aku terbiasa
Aku dah terbiasa dengan waktu waktu yang
Kau online

Tak apa lah
Aku tahu pelajaran lagi penting
Lagi-lagi kau seorang yang bijak
Semoga kau berjaya

Terima kasih sebab kau selalu up kan aku
Terima kasih sebab kau selalu cheer up kan aku
Terima kasih sebab doakan aku
Terima kasih sebab sanggup layan karenah aku
Terima kasih sebab kadang-kadang kau temankan aku masa cuti
Terima kasih sebab sabar dengan aku
Terima kasih sebab caring pasal aku
Terima kasih sebab protect aku
Sungguh,
Kau buat aku rasa macam selamat dekat sana
Kau protect aku sangat
Walaupun cuma bola kertas tapi kau balas balik

Walaupun aku seperti tak kisah
Dengan semua tindak tanduk kau
Tapi
Jujur aku mengaku
Aku gembira sangat
Buat pertama kali rasanya aku gembira
Sampai tahap yang cuma aku sahaja yang tahu

Maafkan aku
Sebab aku sentiasa menyusahkan kau
Sebab aku sentiasa bebankan kau
Sebab aku sentiasa buat kau rasa macam mana aku rasa
Sebab aku kau bersusah payah pendam rasa sakit yang sama macam aku rasa

Aku tahu kau stress
Maaf
Aku tak ada niat
Tapi bila aku kata aku okay
Kau masih susah nak terima
Sebab kau mesti cakap
Kau risau
Kau kata perasaan tu datang sendiri dari hati kau

Naluri kau
Selalu betul
Selalu tepat

Sampaikan aku sendiri tak dapat nak elak

Terima kasih atas segalanya
Maaf untuk segala yang telah aku lakukan

Jaga diri
Jaga hati
Jaga iman
Jaga perilaku
Jaga percakapan

All the best

Karya:E

Pengganti

Kau tak pernah faham
Apa yang aku rasa
Kau tak pernah fikir
Apa yang terjadi dekat aku

Aku sentiasa ada untuk kau
Mendengar kisah suka dan duka kau
Bahuku sentiasa ada
Tuk kau melepaskan tangisan
Yang tak pernah habis

Saat kau bersedih
Saat kau rasa putus asa
Saat kau tak tertahan lagi
Saat kau sudah lelah dengan
SEMUANYA

Aku sentiasa ada di sisi kau
Sebagai TEMAN
Aku sentiasa ada tika kau jatuh
Sebagai tempat berPAUT

Kini..
Kau kenal dia..
Kau sudah ada yang baru..
Aku faham
Kau perlukan pengganti

Sebab kini...
Aku dah jauh
Jarang dapat aku
Luangkan masa buat kau
Mungkin kau rasa keHILANGan

Aku gembira bila kau gembira
Kau cerita semuanya dekat aku.
Termasuklah pasal DIA
Kau selalu puji dia..
Kata dia cantik..
Kata dia baik..

Sampailah satu hari kita bergaduh..
Sebenarnya..
Benda kecil je..
Tapi dia jadi besar
Bila kau sebut yang..
Aku tak pernah faham kau
Macam dia faham kau
Aku tak pernah ada untuk kau..
Macam dia ada untuk kau
Aku tak baik
Macam dia baik dengan kau

Habis..
Selama ni
Sebelum kau jumpa dia
Siapa yang selalu cuba memahami hati kau

Habis..
Selama ni
Sebelum aku pergi jauh
Siapa yang selalu ada tuk memujuk kau

Habis..
Selama ni
Sebelum dia hadir
Siapa yang buat macam-macam
Untuk kau

Kalau aku tak kisah
Kau nak puji dia
Lebih cantik
Lebih ayu
Lebih comel

Tak bermakna a
Aku tak kisah kau
Membanding-bandingkan
Hubungan aku dengan kau
Macam kau dengan dia

Aku  perempuan
Kau tahu bukan perempuan cepat cemburu
Walau..
Aku tak suka kau sekali pon..
Aku tetap cemburu
Aku tetap terasa..
Aku tak suka
Kawan aku rapat dengan perempuan lain

Mungkin kau akan rasa yang aku ni
MENGONGKONG
Tapi kau kena ingat
FAKTA yang aku ini
PEREMPUAN..
Tapi kau tak pernah faham..

Tak apalah..
Diakan kawan baik kau
Aku sepatutnya perlu menerima
Maafkan aku kerna buat kau kecawa dan terasa..

Karya:Z

Friday, 10 October 2014

Kau Dan Aku

kau dan aku 
berkawan sejak kecil
berkawan tika ku berumur 8 tahun 
dan tika kau berumur 9 tahun
ya!
kita berkawan tanpa mengira usia

dulu kita berkenalan melalui kakakmu
dan kemudian kita berkenalan
berborak
dan bermain teka-teki
adakah kau masih ingat semua itu?

setelah kau berumur 12 tahun
kita jarang berhubung di laman sosial
kerana kau sibuk dengan UPSR
aku faham
aku selalu mendoakan kau agar kau berjaya
aku selalu mendoakan yang terbaik
untuk kau
selepas kau tamat sahaja peperiksaan
kau semakin aktif untuk berhubung dengan aku
di laman sosial
kemudian
kau minta nombor telefon ku 
kita sentiasa ber-mesej 
sungguh kau selalu memberi semangat kepada ku
tika aku ingin mengambil peperiksaan akhir tahun

tika aku berusia 12 tahun
kau telah berusia 13 tahun
dan kau sekolah di asrama
di mana sama sekolah dengan kakakmu

kau masih lagi sentiasa ber-mesej dengan aku
setiap malam
ya!
kau juga sudah tahu waktu aku sedang belajar
dan waktu aku sedang berehat

adakah kau masih ingat pada bulan Ramadhan?
ketika itu kau minta tolong aku untuk 
mengejutkan kau ketika aku bangun untuk sahur
kerana kau sering terlajak tidur
adakah kau masih ingat?
saat itu sungguh berat hati aku mahu lakukan
kerana aku tak pernah mendengar suara kau
gementar;
ya aku gementar sangat
tapi aku tak mahu hampakan kau
aku lakukan juga

dan padan tahun itu juga 
kau beritahu padaku 
yang kau telah jatuh hati kepada aku
sungguh aku terkejut
dengan pengakuan mu
sungguh aku tak percaya
tapi kau faham aku;
kau tidak mahu ganggu pelajaranku 
dengan cara ber-couple 
kau faham aku
terlalu faham

ketika peperiksaan UPSR 
sudah tiba 
kau selalu beri semangat
kau selalu ucapkan Selamat Berjaya kepadaku
setiap malam kau pasti tanya 
bagaimana dengan peperiksaan aku pada hari itu
ketika aku kurang yakin dengan diriku
kau selalu beri semangat dan selalu minta aku
untuk percaya pada diri sendiri
kau juga pernah bilang kepada aku
bahawa kau telah membuatkan solat hajat buat aku
sungguh aku terharu

kini
aku telah berusia 13 tahun 
dan kau telah 14 tahun
aku memasuki asrama yang berdekatan
sudah jarang untuk kita ber-mesej
namun
kau sering menghantar pesanan kepada aku
ketika cuti sekolah

pada cuti sekolah yang lepas
sungguh kau berkelakuan pelik
tapi aku tahu 
kau tidak akan berperangai pelik jika kau
tidak ada benda penting yang mahu dikatakan
kau berkelakuan seperti kau cemburu ketika aku 
kata aku sedang chat dengan rakanku
kau teman aku stay up sampai kau sendiri yang tidur dulu
sungguh kau pelik!
kau juga kata kau tiada peluang
kerana aku hot di sekolah aku
kau juga kata kau kenal aku lebih lama
dari sebelum wujudnya whatsapp wujud
ya itu memang benar tapi 
aku menjadi lebih tertanya-tanya saat kau kata
i know u always be with me
 
tapi 
aku cuba untuk mengetahui apa perkara itu
namun kau tak pernah nak bagitahu
kau pendam pendam dan pendam
ada suatu saat;
aku cuba untuk terus meneka
ya!
kau sedang pendam sesuatu perasaan
iaitu perasaan suka
tapi kau masih sukar untuk bagitahu aku

akhirnya
kau luahkan juga apa yang kau rasa
dan kau kata kau suka pada aku
sungguh pada kali ini aku tidak terkejut
kerana apa?
kerana aku sudah dapat mengagak
kerana aku sudah kenal kau 
sebelum yang lain kenal kau

aku tahu kau pendam sejak tahun lepas lagi kan?
tapi apabila aku tanya
adakah keluarga kau tahu tentang perasaan kau
kau kata ya, mereka tahu
sungguh aku terkejut dan tak tahu nak kata apa
apabila kau cerita 
ayah kau cakap pada kau "keep go on with her"
makin aku rasa sudah terlampau speechless
aku tahu keluarga kau menyokong perasaan kau
kau sendiri pernah cakap diorang semua suka pada aku
aku tak tahu nak bagi reaksi apa
aku terlampau speechless

tapi aku takut;
takut suatu hari nanti aku melukakan hati kau
dengan keputusan yang aku buat bila aku sudah besar
aku tahu kau setia
tapi aku lebih selesa jika kita berkawan dahulu
sampai kita ke alam pekerjaan
aku tahu kau kawan yang terbaik 
tapi aku minta maaf jika aku tak boleh bagi
respon terhadap kau tentang semua ini
aku masih belum bersedia
kerana aku berpegang pada matlamat hidup aku
untuk fokus pada pelajaran 

semoga kau mengerti tentang tindak tanduk ku, sahabat
terima kasih atas segala effort yang telah kau lakukan untuk aku..


Karya : E

 

Thursday, 9 October 2014

Perihal Kami

ASSALAMMUALAIKUM..

Hi, kami ingin memperkenalkan diri sebenar kami..
kami merupakan sepasang kembar yang tidak seiras 
tetapi sehati.
mempunyai nama yang berlainan.
maaf, kerana kami merahsiakan identiti kami.
kami baru sahaja membuat blog dan di blog ini
adalah hasil karya sendiri dan luahan hati kami.
kami masih lagi di alam persekolahan dan kami akan sentiasa aktif dan 
menulis entry di blog kami sekiranya mempunyai cuti sekolah.
maaf, jika entry kami tak terlalu hebat berbanding entry di blog lain.
kami hanya inginkan komen dari stalker agar kami tahu tentang 
kekurangan di entry kami atau mungkin ada yang tidak berpuas hati
dengan entry kami.
kami juga mengharapkan agar anda semua yang membaca blog ini
dapat follow kami supaya dapat menyokong kami..
di sini, kami ingin mengucapkan selamat membaca di blog kami dan
ringan-ringan kan lah tangan anda untuk meninggalkan pesanan atau 
komen. kami terima dengan hati yang terbuka..

sekian, terima kasih.

daripada : E & Z 
untuk     : para pengunjung ((stalker))

Sunday, 5 October 2014

Kalau....

Aku tidak faham kenapa mesti kau terasa
Aku tidak faham kenapa kau kongkong diri aku

Aku tulis itu semua bukan untuk kau
Jadi kenapa kau nak terasa?
Kenapa kau nak sindir aku habis-habisan?
Kenapa kau seperti mahu maki aku?

Aku tahu itu untuk aku 
Perlu ke kau buat macam itu?

Kalau kau nak tahu 
Aku dah lama sabar 
Aku dah lama diam
Aku dah lama pendam 
Dengan semua tindak tanduk kau
Pernah kau tahu? 
Tak kan?
Sebab kau hanya fikir pasal
Kepuasan hati kau
Kau hanya fikir pasal hati kau sorang je

Kalau kau nak tahu
Aku diam kerana aku tahu kau takkan menyokong aku
Aku pendam kerana aku tahu kau takkan beri respon kepada aku
Aku dalam dunia aku sendiri sebab aku mahu kebebasan, tapi kau kongkong hidup aku
Aku diam kerana aku masih boleh bersabar
Aku ikut rentak kau sebab aku dah penat
Aku tak berkomunikasi dan bergaul sebab aku tahu cara percakapan kau adalah main cakap lepas
Dan itu membuatkan aku terluka
Kau sedar tak?
Sedar tak? 
Kau takkan sedar sebab ego kau tinggi

Enough is enough
Aku nak kebebasan untuk meluahkan apa yang aku rasa tanpa ditanya itu dan ini
Kau mahu kongkong hidup aku sampai bila?
Jangan fikir kau itu terlalu hebat
Aku dah lama bersabar
Ya! Lama sangat
Aku diam diam dan terus diam
Kau tak sedar luka di hati aku ini

Hati aku bagaikan hancur apabila kau bilang begitu pada aku
Hati aku bagai dihiris saat perkataan 
BODOH kau tujukan pada aku
Aku nangis
Ya! Itu sahaja aku mampu buat
Aku diam sebab aku sayang
Sebab aku hormat 
Tapi kau PIJAK aku

Cukup! 
Hentikan permainan kau itu
Hentikan talam dua muka kau itu

Aku sudah penat nak bermain dengan kau
Aku sudah penat nak menanggung rasa ini

Kau takkan pernah nak faham aku
Kerana apa 
Kerana kau cuma menganggap aku seperti
PATUNG CENDANA 
Yang tiada hati, tiada perasaan

Hati aku hancur 
Hati aku lebur
Hati aku musnah
Hati aku penuh dengan luka
Hati aku penuh dengan parut

Aku tahu kau dan yang lain lagi hebat dari aku
Tapi tak bermakna kau boleh merendahkan aku,memijak kepala aku, melukai perasaan aku

I'm so done with this
Tired to face all of this. 
Tired and too much

Aku Cuba

aku cuba pendam apa yang aku rasa
aku cuba untuk sentiasa ada di samping kau
aku cuba buat kau happy
aku cuba buat apa yang kau nak
aku cuba segalanya
hanya untuk kau

kau sedar tak aku sayang kau?
sedar tak?
even sikit pun jadi

kenapa kau tak pernah sedar?
perlu ke untuk aku mengungkapkannya?
perlu ke aku beritahu kepada kau yang 
aku sayang kau
pada kau secara terus?

tolong sedar walaupun sedikit
aku sanggup pendam 
bila kau tak nak cerita pada aku

bukan salah aku kerana tidak mahu beritahu kepada kau
apa yang aku rasa
tapi aku buat kerana kau pun begitu
sungguh aku nak sangat cerita
nak sangat kongsi

kenapa kau jadi begini?
selama ni kau luahkan pada aku
tapi bukan sekarang..

aku pendam perasaan aku terhadap kau sebab aku tak nak kau tahu
but deep in my heart 
i do love (sayang) you 
but you never cares 
yeah i know who i am 

since your ex-crush contacted with you
i'm jealous 
but you'll never know about it.. 

please notice this. i'm hoping for that.. 
i know you read this. please notice it.. 
i'm hurt too much..

KARYA : E

Mungkin

mungkin kau tak sedar
aku ambil berat 
aku risau
pasal kau

aku cuma mengharapkan kau sedar je sekarang ni

aku ambil berat sebab aku sayang
aku risau sebab nanti aku pun risau kalau tak cerita dengan aku

pernah tak kau sedar? 

aku ketepikan perasaan aku cuma
untuk kau

pernah tak kau perasan?

aku cuba nak up kan kau balik bila kau down 
aku cuba nak happy kan kau
aku cuba nak dengar semua masalah kau
aku cuba segalanya sebab kau

kau sedar tak? 
walaupun sedikit, jadilah..

aku mengharapkan kau
untuk sedar semua kelakuan aku
tapi kau tak sedar..

aku cuba nak buat kau macam mana aku buat dekat kau
bila kau ada masalah
tapi 
sia-sia
ya, sia-sia sama sekali
sebab aku selalu mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku..

sekali je, aku minta untuk kau sedar semua kelakuan aku
TERHADAP KAU.. 

KARYA : E

Saturday, 4 October 2014

Tidurlah

Tidurlah wahai sang puteri
Mimpilah kau akan yang indah
Lenalahmu diulit mimpi
Jangan biarkan kisah hari ini menghantuimu

Tidurlah wahai sang puteri
Tenangkan hatimu
Pulihkan semangat
Kuatkan jiwamu kembali
Kutip semula sisa-sisa hatimu
Cantumkan ia menjadi satu
Rawatlah luka itu kembali

Tidurlah wahai sang puteri
Tautkan kembali hubungan itu
Lindungi kembali ikatan itu
Pelihara kembali kasih itu

Pelihara hubungan mu dengan-Nya
Manusia
Juga alam

Jangan kau terbuai dek duniawi
Pikirkan juga alam akhirat
Alam yang kita diami ini hanyalah fana
Kelak kitakan kembali kepada-Nya..

Selamat hari raya Aidiladha..

Karya:Z

Gundah

Ku tahu hatimu sering gundah
Ku tahu hatimu tak tenteram
Ku tahu hatimu sering sakit
Ku tahu hatimu tak selesa

Maaf,itu saja yang dapat ku ungkap
Maaf,kata-kata penuh harapan ku hulurkan
Maaf,aku membuat kau terluka
Maaf,kerna aku terpaksa

Sakit,aku tahu kau sakit
Sakit,begitu juga dengan aku
Sakit,kau dan aku satu rasa
Sakit,hanya terungkap di dalam hati

Sudah,tak perlu kau salahkan dirimu
Sudah,tak perlu kau mengubah lagi
Sudah,jangan kau tambah apa yang dah terjadi
Sudah,jangan kau biar hatimu ternodai lagi

Jom,kita bergabung kembali
Jom,tangan ku hulur
Jom,ku harap balasan tangan putihmu itu
Jom,kita tautkan kembali
Hati yang telah terluka
Ikatan yang hampir terputus
Tangan yang hampir terlepas genggamannya

Kita bersatu kembali
Aku sayang kau
Kau sayang aku

Kita saling melengkapi
Saling memahami
Saling menyempurna
Antara satu sama lain

Jangan sesekali
Kita putiskannya
Kita hancurkannya
Kita lepaskannya

Sedarlah kawan aku sayang kau..

Karya:Z


Rasa Dipermainkan

kadang kala
aku teringin sangat
teringin mahu bertanya kepadamu 
bahawa benarkah perasaanmu itu?
bukan apa
aku cuma takut kau cuma
ingin memainkan aku ;
memainkan perasaanku

mungkin kau tidak sedar 
aku cemburu tika melihatmu
rancak berbual bersama orang di hadapanku
dan mungkin juga kau takkan sedar
kerana aku sering pendamkan perasaan itu

aku tidak mahu menunjukkan 
bahawa aku mudah cemburu kepada orang yang
AKU SAYANG
kerana aku tahu kau bukannya 
seorang yang suka 
seseorang yang kuat cemburunya

aku gembira saat kau kata kau ingin berbual denganku
tapi aku tahu mesti itu cuma kata-kata sahaja
KAN?

aku tunggu 
tunggu kau membuktikan kata-kata kau
tapi 
aku tak berharap
kerna aku tahu 
ia mungkin 
takkan pernah berlaku..  

KARYA : E

MAAF

Maafkan aku
kerana aku ubah diriku
aku tahu itu silapku
tapi aku lakukannya kerana bersebab

Biar
biarlah cuma aku sahaja yang tahu kenapa
tapi usah kau risau
kerana aku tetap akan jadi aku
mungkin aku jadi lain tapi aku akan cuba
cuba untuk menjadi yang terbaik

Bukan
bukanlah kehendakku untuk mengubah diriku
tapi keadaan yang membuatkan ku 
menjadi sebegitu

Maaf
maafkan aku jika aku melukakan mu
maafkan aku jika diriku yang sekarang membuatkan
kamu tidak selesa apabila bersama ku
maafkan aku atas segala-galanya

Sedar
aku sedar aku berubah 
tapi aku sama sekali tidak sedar bahawa aku telah menyakiti kalian
maafkan aku
bukan niatku untuk menjadi sebegitu 

Cuba
akan aku cuba untuk memperbetulkan keadaan
akan aku cuba untuk membaiki segalanya
akan aku cuba jadi yang terbaik
sungguh aku kesal dengan diriku

doakan aku supaya aku menjadi
kuat dan tabah untuk mengharungi semua ini
terima kasih kerana sentiasa ada untukku.. 

KARYA : E 
 

Salahku

Kawan..
Tak perlu kau ubah dirimu
Tak perlu kau sakiti lagi dirimu
Cukuplah sampai di situ
Jangan kau tambah lagi derita itu
Jangan kau robek lagi hatimu

Tak perlu..
Tak perlu kau berubah mengikut kehendak orang
Orang ini pelbagai ragam
Berdirilah di situ
Menjadi dirimu

Biar
Biar mereka nampak engkau
Yang sebenar
Terima kau yang itu
Bukan yang hipokrit
Bukan yang menipu

Jangan
Jangan kau biar mereka
Mempengaruhi kau
Ke jalan yang belum tentu ada hujungnya


Ke jalan gelap
Ke jalan yang membawa kau
Kepada musuh-musuhmu

Terimalah
Terimalah nasihat rakan-rakanmu
Yang akan membawa kau ke jalan yang berpenghujung
Yang setia berdiri di sebelahmu
Di waktu bangun jatuhmu
Di waktu suka dukamu

Walaupun ia pahit telanlah
Kerana akhirnya
Yang pahit akan menjadi manis

Bukan yang berada di hadapan
Ya..
Mereka akan memimpin
Tapi belum tentu kau akan mengikutnya
Belum tentu dia akan memastikan kau mengikutnya
Mungkin dia akan bongkak
Mungkin dia akan lupa akan
Ikatan persahabatan
Ini

Bukan yang berada di belakang
Karna
Belum tentu
Dia akan mengikutimu
Belum tentu kau dapat memimpinnya
Nanti
Mungkin kau akan alpa
Mungkin kau akan lupa

Telanlah
Walau pahit
Nanti dia kan jadi manis
Walau perit
Nanti dia kan terubat kembali
Kita tak sempurna
Namun
Saling menyempurnai

Karya:Z


Kuat

Sahabat 
Aku tak kuat
Teman
Aku tak mampu
Kawan 
Aku tak sanggup
Member
Aku tak terdaya
Geng 
Aku tak tahu

Cukup..

Berhenti berkata-kata
Karna
Kau hanya menidakkan kenyataan
Kenyataaan hidup

Ingat..

Hidup ini panjang
Ingat 
Hidup ini ada makna
Ingat
Hidup ini perlu 
Dilakar
Diukir
Dilukis





Ditulis

Diwarna
Dicat
Agar ia berwarna-warni
Agar ia unik
Agar ia luarbiasa
Agar ia seronok

Jika lukisan itu kusam

Tambahkan warna agar kelihatan ceria
Jika cantingan itu comot
Tukarkan ia menjadi suatu yang lain
Jika masakan itu kurang rasanya
Tambahkan perasa ntuk menjadi sedap

Ya!

Memang ia bukan yang tulen
Memang ia bukan yang asli
Memang ia tak sedap pada awalnya

Namun..

Ia menjadi suatu yang indah akihrnya
Ia menjadi suatu yang kemas akhirnya
Ia menjadi suatu yang enak akhirnya
Ia menjadi pilihan akhirnya

Ia kerana kau berjaya mengharungi cabaran itu

Cabaran tuk mengubah laluan
Cabaran tuk mengubah caramu
Cabaran tuk menggubah hidupmu

Tak semua orang yang belajar doktor 

Akan menjadi doktor
Tak semua yang belajar undang-undang
Akan menjadi peguam
Tak semua yang menjadi pengutip sampah
Akan selamanya menjadi pengutip sampah..

Takdir ini sudah ditentukan

Namun ia boleh diubah
Kau perlu memilih antara banyak-banyak pilihan
Pilihlah ikut kata hatimu
Kerana semuanya benar

Jika akhirnya kau rasa
Ia bukan yang terbaik
Jangan patah balik
Kau ubahlah ia menjadi yang lain
Seperti lakaran tadi 
Yang pada awalnya ingin melakar
Banglo yang besar
Namun akhirnya menjadi pejabat yang mewah
Seperti cantingan tadi yang pada awalnya ingin mencanting
Batik 
Namun akhirnya berubah menjadi lukisn Pablo Picasso
Yang beribu-ribu ringgit itu
Seperti masakan yang pada awalnya ingin memasak
Asam pedas
Akhirnya menjadi sambal asam pedas
Pelik bukan...
Tapi ia benar..
Kita perlu meredahinya
Mengharunginya
Kau pasti berjaya di akirnya

Karya:Z

Friday, 3 October 2014

Cerita hati

Pagi ini
Aku mulakannya dengan senyuman
Aku lupakan kisah semalam
Cuba membuangnya jauh dari hati ni

Namun,
Aku tahu aku tak mampu
Tuk melupakannya terus
Tak terdaya
Hati ini sudah terluka

Namun,
Aku tahu
Aku perlu bangun
Berdiri megah
Tuk terus berjalan
Tuk terus berlari
Tuk teru merenung

Ya!
Aku tahu
Aku perlu berdiri
Tuk mengejar harapan
Tuk mengecapi kejayaan
Tuk melihat hari yang mendatang





Bukan
Terus meratapi pemergianmu
Terus menangisi apa yang telah berlaku
Terus menunggu hadirnya dirimu
Yang telah jauh
Jauh meninggalkan aku
Bersama dia yang ku pilih..
Aku akan bangun
Aku akan pecut
Meninggalkan kau
Dn berdiri di puncak kejayaan

Karya:Z



KUCING KURAP

Kau tahu tak sakitnya 
Bila kita 
Dikhianati
Kau tahu tak pedihnya
Bila kita 
Ditinggalkan


Kepercayaan yang diberi

Tidak dihargai
Keikhlasan yang diberi
Tidak dipelihara


Apa kau pikir 

Aku ini 
Robot
Android 
Atau mungkin tunggul
Tidak punya perassan
Tidak perlu dijaga hatinya


Gula yang manis

Ku hadiahkan
Kau balas 
Hempedu yang pahit


Kau tak sedar dek untung

Dikelilimgi orang yang menyayangi
Disayangi..
Tapi kau buta!
Kau biar kasih sayang yng diberi
Itu terbiar
Kau biarkannya
Di lorong-lorong itu


KUCING KURAP KAU..

Pernah tak terdetik di hati batu mu itu
Ada orang yang ingin disayangi
Tidak pernah merasainya
Ada orang yang hanya ingin secebis kasih sayang 
Tapi tak pernah berpelunag
TIDAK!
Kau tak pernah fikirkan itu
Kau hanya memikirkan dirimu


Mereka hanya perlu secebis kasih sayang

Tapi kau punya berbatallion kasih sayang
Mereka amat mengahargainya
Tapi kau memandangnya seperti KUCING KURAP di tepi jalan
Tak bernilai..


Sedarlah wahai kawan..

Sedarlah..
Hargailah mereka..
Hargailah kasih sayang itu..

Karya:Z

KELIRU

Aku keliru dengan perasaan ku
Tak tahu sama ada perlu pilih yang mana
Sama ada rakan ku dari kecil
Atau
Orang yang baru aku kenal tidak sampai setahun

Mereka sering buat aku ketawa 
Walaupun cara mereka kadang kala
MEREPEK
Tapi aku tahu mereka cuma ingin melihat
Aku gembira

Tapi
Apabila kedua-duanya memberitahu kepadaku
Tentang perasaan mereka 
Sungguh!
Aku keliru
Aku tidak tahu harus ku pilih yang mana

Dua dua terlalu baik bagi ku
Ya aku bersyukur kerana mereka hadir
Walaupun mereka mempunyai kekurangan 
Tapi aku tak kisah 
Kerna aku tahu tiada manusia yang sempurna
Di muka bumi ini

Tapi
Aku takut kehilangan mereka
Jika antara salah satu daripada mereka
Tahu 
Aku sudah JATUH kepada yang lain
Bukan orang asing tapi
Antara salah satu daripada mereka
Tentu mereka kecewa denganku

Aku takut kehilangan mereka
Telah banyak kenangan mungkin?

Aku terlalu keliru dengan perasaanku sendiri
Tidak tahu mana yang terbaik
Ada yang kata 
Pilih sahaja yang telah lama aku kenali

Tapi perasaan ku terhadapnya telah pudar
Sejak beberapa tahun lalu
Aku mula menaruh perasaan 
Kepada
Orang yang aku kenal belum sampai setahun
Kerna dia mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan

Tapi sehingga kini aku tidak tahu harus
Ku pilih yang mana
Jadi keputusan ku
Teruskan persahabatan aku bersama mereka

Semoga ini menjadi pilihan yang terbaik
Aku tak sanggup kehilangan mereka
Aku sayang mereka
Ya aku sayang
Malah aku sayang semua orang
Walaupun mereka membenciku... 


KARYA : E

CEMBURU

aku cemburu
cemburu di saat melihat kalian
bergelak sakan dengan rakanku 

aku seorang yang friendly 
tapi aku tak reti mahu memulakan 
perbualan bersama ajnabi

aku tahu aku tak terlalu banyak berbual
tapi aku ok kalau kalian ok dengan aku

aku cemburu melihat mereka boleh 
berbual dengan kalian
aku bila lagi?
aku rasa seperti aku tidak wujud di situ
sebab tak ada siapa rajin tegur aku dan kami

aku cuma inginkan persahabatan 
dan kekeluargaan di situ
tapi itu semua cuma angan-angan
aku tahu

aku sabar
aku cuma mampu kata 
UNTUNGLAH DIORANG
hanya untuk sedapkan hati aku
walaupun terluka 
tapi tak apa
aku ok
sebab aku dah biasa nampak
teruskan dengan cara kalian

tapi masih mengharapkan keharmonian
masih mengharapkan kerjasama
masih mengharapkan sikap friendly kalian

aku cemburu sudah lama
tapi aku cuba untuk tahan
sebab aku tahu kalian 
pasti mempunyai sebab
tidak menegurku 
mungkin sebab aku pendiam
mungkin sebab aku tak macam yang lain

aku ok.

KARYA : E

SEMUA DALAM SATU


aku suka cara kau layan aku
aku suka cara kau nak happy kan aku
aku suka cara kau respect aku
aku suka cara kau bagi semangat dekat aku

aku tahu kau sedang sedih
aku cuba mahu gembira kan kau
aku cuba yang terbaik untuk kau
tapi aku masih takut
takut kalau aku gagal

kau sangat baik bagi aku
aku tidak tahu bagaimana aku boleh rapat dengan kau

naluri kau selalu betul
selalu kuat
aku tak tahu apa yang membuat aku tertarik dengan kau
kau ada ciri-ciri yang aku suka

mungkin itu yang membuatkan aku selesa dengan kau
aku tahu perasaan kau terhadap aku macam mana 
tapi aku takut
takut sakit sebab kesedihan

kau selalu ada 
dan sering juga cuba untuk membuatkan aku rasa gembira
aku gembira
gembira sangat

tapi aku takut 
takut kecewakan kau
bukan senang untuk aku jadi sebegini

maaf jika aku melukakan kau
aku tak sempurna
aku minta maaf dari sudut hati aku

TERIMA KASIH SAHABAT KERANA SENTIASA CERIAKAN HARI AKU

PENAT

aku penat
penat melayan hati aku yang terluka
kau tak pernah sedar
kau tak pernah ambil kisah
kau tak pernah nak ambil tahu
aku terkilan dengan sikap kau
aku selalu ada untuk kau
tapi kenapa kau anggap aku
NOTHING?

siapa aku bagi kau sebenarnya?
kau anggap aku kawan atau apa?
aku rindu 
rindu persahabatan kita
kau tak pernah sedar
kau tak pernah tau 
sebab apa?
sebab aku pendam

aku simpan dalam hati aku
biar aku sakit sensorang
biar aku je yang rasa
sebab kalau aku bagitahu kau
kau cuma akan ok sekejap je
aku tahu 
sebab aku dah pernah kena dengan kau

aku kecil hati
aku sedih
aku terasa
aku down
aku rasa terpinggir
aku rasa tak diperlukan 

tu semua aku pendam.
tak ada siapa tahu melainkan Allah

pernah kau sedar?
mesti tak kan?
tak apa aku faham
aku sedar aku siapa

aku cuma ada bila diperlukan
bila tak diperlukan aku tak wujud pun dalam hidup kau

aku penat nak mengharap
aku cuba MOVE ON 
aku cuba LUPAKAN 
tapi aku TAK BOLEH

maaf kawan, jika aku tak sempurna.


KARYA : E

Dia bukan pengemis


Sebelum terbitnya matahari hari itu
Dia sudah bangkit dari lenanya
Sedangkan kau masih lena diulit mimpi
Tak sanggup hati tua itu 
Tuk mengejutmu

Separuh abad dilaluinya
Bersama dirimu
Padanya kau masih
Anak kecil
Yang masih
Bergantung pada dirinya

Tak sanggup melihat kau
Berpeluh-peluhan 
Di 
Tengah bendang

 Biarlah!
Biar kudrat ini 
Yang mebanting tulang 
Tuk menyara diri
Biarlah kudrat ini
Yang berpeluh-peluhan
Di bawah terik matahari

Tuk 
Menghantarmu ku menara gading
Melihat kau berjaya
Tak seperti dirinya

Tak sedikit pun dia 
Mengharapkan balasan
Tak sedikit pun dia 
Meminta-minta..

Tapi kau
Kau biarkan mata tua itu
Sendiri 
Menghabiskan masa tuanya
Di pondok usang
Kau malu mengakunya 
Sebagai ibumu
Sebagai bapamu

Apa kau pikir!
Kau sudah cukup berjaya
Kudrat sipakah yang kau korbankan 
Hingga berjaya
Ke tahap ini

Pernahkah orang tua itu meminta kau
Duit gajimu
Pernahkan orang tua itu mengungkit-ungkit jasanya

Tapi kau 
Tak pernah ingat
Jasanya

Kau biarkan dia 
Terkontang-kanting
Melalui masa tuanya
Kau biarkan dia hidup di pondok
Yang hampir roboh
Kau biarkan dia mengengsot 
Di jalan-jalan gelap

Kau lupa..
Kau alpa...
Kau bongkak dengan apa yang kau ada..
Kau memakinya..
Mengatakan dia pengemis
Di depan anak-anakmu
'AKU TAK KENAL KAU'
'KAU PENGEMIS'
Berlalu orang tua ini 
Yang datangnya dari jauh
Meninggalkan banglo mewahmu.

Hey bodoh!
Dia bukan pengemis
Dia hanya menagih secebis kasih sayng 
Dari anaknya
Dia tak meminta duit 
Yang pernah dibelanjakan untukmu
Hanya secebis kasih sayang 
Yang kau tonjolkan buatnya
Cukuplah sisa kasih yang kau ada...
Tapi kau tetap dengan kebodohan kau

Sehinggalah..
Mereka benar-benar pergi
Pergi selama-lamanya
Saat itu baru kau mahu mengaku
'DIALAH IBU BAPAKU'
'DIA BUKAN PENGEMIS'
Saat itu..
Kau sedar kau adalah manusia paling bodoh
Dalam dunia

Karya:Z

Terasa Hati

aku terasa hati
dengan segala tindak tanduk kau
tapi kau pernah ambil kisah?
tepuk dada tanya diri dan hati

kau fikir aku apa?
kau fikir aku heartless?
kau silap

aku senang terasa
aku senang sedih
aku senang nangis
aku senang down

pernah kau tau? 
mungkin kau tau tapi kau tak kisah kan?

hati aku tak kuat
kau nampak aku kuat sebab aku ada pegangan hidup
aku cuma HIPOKRIT dengan hati aku 
yang aku ni kuat
tapi sebenarnya tak sama sekali

aku sentiasa ada untuk kau 
tapi kau tinggalkan aku
kau pergi dan dapatkan orang lain
tak pe aku sedar aku siapa

pergi lah kau bersama orang yang mampu buat kau bahagia
pergi lah kalau itu yang kamu mahu

aku redha
aku terima
walaupun susah
tapi aku cuba

sebab apa?

SEBAB AKU DAH BIASA 

Karya : E

Aku kau? 2

2014..
Aku dikejutkan
Kau akhirnya 'couple' 
Ngan dia
Kawan-kawan kita 
Semua takut 
Nak bagitahu aku

Diaorang takut aku marah
Aku gelak sahaja
Aku cakap
'Aku tak kesah'
Tapi dalam hati 
'Aku terima'
Aku cakap
'Aku happy untuk diaorang'
Tapi sebenarnya
'Hati aku sakit'

Aku 
Tak pernah marah kau
Tak pernah nak bermusuh dengan kau
Aku bersyukur kau masih 
Anggap kita kawan

Tapi
Kawan-kawan kita
Salahkan kawan baik aku
Dia cakap kawan aku tu 
Perampas

Aku marah
Aku tak suka
Aku sakit hati bila
 Diaorang cakap macam tu
 Dia kawan aku
Aku kenal dia
Kau dan aku memang tak boleh bersama
Aku sendiri tak tahu 
Kenapa..

Kawan..
Kau jaga dia baik-baik ya
Aku tak nak dia sakit hati
Aku sayang dia

Karya:Z