Friday, 10 October 2014

Kau Dan Aku

kau dan aku 
berkawan sejak kecil
berkawan tika ku berumur 8 tahun 
dan tika kau berumur 9 tahun
ya!
kita berkawan tanpa mengira usia

dulu kita berkenalan melalui kakakmu
dan kemudian kita berkenalan
berborak
dan bermain teka-teki
adakah kau masih ingat semua itu?

setelah kau berumur 12 tahun
kita jarang berhubung di laman sosial
kerana kau sibuk dengan UPSR
aku faham
aku selalu mendoakan kau agar kau berjaya
aku selalu mendoakan yang terbaik
untuk kau
selepas kau tamat sahaja peperiksaan
kau semakin aktif untuk berhubung dengan aku
di laman sosial
kemudian
kau minta nombor telefon ku 
kita sentiasa ber-mesej 
sungguh kau selalu memberi semangat kepada ku
tika aku ingin mengambil peperiksaan akhir tahun

tika aku berusia 12 tahun
kau telah berusia 13 tahun
dan kau sekolah di asrama
di mana sama sekolah dengan kakakmu

kau masih lagi sentiasa ber-mesej dengan aku
setiap malam
ya!
kau juga sudah tahu waktu aku sedang belajar
dan waktu aku sedang berehat

adakah kau masih ingat pada bulan Ramadhan?
ketika itu kau minta tolong aku untuk 
mengejutkan kau ketika aku bangun untuk sahur
kerana kau sering terlajak tidur
adakah kau masih ingat?
saat itu sungguh berat hati aku mahu lakukan
kerana aku tak pernah mendengar suara kau
gementar;
ya aku gementar sangat
tapi aku tak mahu hampakan kau
aku lakukan juga

dan padan tahun itu juga 
kau beritahu padaku 
yang kau telah jatuh hati kepada aku
sungguh aku terkejut
dengan pengakuan mu
sungguh aku tak percaya
tapi kau faham aku;
kau tidak mahu ganggu pelajaranku 
dengan cara ber-couple 
kau faham aku
terlalu faham

ketika peperiksaan UPSR 
sudah tiba 
kau selalu beri semangat
kau selalu ucapkan Selamat Berjaya kepadaku
setiap malam kau pasti tanya 
bagaimana dengan peperiksaan aku pada hari itu
ketika aku kurang yakin dengan diriku
kau selalu beri semangat dan selalu minta aku
untuk percaya pada diri sendiri
kau juga pernah bilang kepada aku
bahawa kau telah membuatkan solat hajat buat aku
sungguh aku terharu

kini
aku telah berusia 13 tahun 
dan kau telah 14 tahun
aku memasuki asrama yang berdekatan
sudah jarang untuk kita ber-mesej
namun
kau sering menghantar pesanan kepada aku
ketika cuti sekolah

pada cuti sekolah yang lepas
sungguh kau berkelakuan pelik
tapi aku tahu 
kau tidak akan berperangai pelik jika kau
tidak ada benda penting yang mahu dikatakan
kau berkelakuan seperti kau cemburu ketika aku 
kata aku sedang chat dengan rakanku
kau teman aku stay up sampai kau sendiri yang tidur dulu
sungguh kau pelik!
kau juga kata kau tiada peluang
kerana aku hot di sekolah aku
kau juga kata kau kenal aku lebih lama
dari sebelum wujudnya whatsapp wujud
ya itu memang benar tapi 
aku menjadi lebih tertanya-tanya saat kau kata
i know u always be with me
 
tapi 
aku cuba untuk mengetahui apa perkara itu
namun kau tak pernah nak bagitahu
kau pendam pendam dan pendam
ada suatu saat;
aku cuba untuk terus meneka
ya!
kau sedang pendam sesuatu perasaan
iaitu perasaan suka
tapi kau masih sukar untuk bagitahu aku

akhirnya
kau luahkan juga apa yang kau rasa
dan kau kata kau suka pada aku
sungguh pada kali ini aku tidak terkejut
kerana apa?
kerana aku sudah dapat mengagak
kerana aku sudah kenal kau 
sebelum yang lain kenal kau

aku tahu kau pendam sejak tahun lepas lagi kan?
tapi apabila aku tanya
adakah keluarga kau tahu tentang perasaan kau
kau kata ya, mereka tahu
sungguh aku terkejut dan tak tahu nak kata apa
apabila kau cerita 
ayah kau cakap pada kau "keep go on with her"
makin aku rasa sudah terlampau speechless
aku tahu keluarga kau menyokong perasaan kau
kau sendiri pernah cakap diorang semua suka pada aku
aku tak tahu nak bagi reaksi apa
aku terlampau speechless

tapi aku takut;
takut suatu hari nanti aku melukakan hati kau
dengan keputusan yang aku buat bila aku sudah besar
aku tahu kau setia
tapi aku lebih selesa jika kita berkawan dahulu
sampai kita ke alam pekerjaan
aku tahu kau kawan yang terbaik 
tapi aku minta maaf jika aku tak boleh bagi
respon terhadap kau tentang semua ini
aku masih belum bersedia
kerana aku berpegang pada matlamat hidup aku
untuk fokus pada pelajaran 

semoga kau mengerti tentang tindak tanduk ku, sahabat
terima kasih atas segala effort yang telah kau lakukan untuk aku..


Karya : E

 

No comments:

Post a Comment