Friday, 3 October 2014

PESANAN BUATMU

Jika benar hati itu sudah mati.. 

Mengapa kau masih di situ? 

Jika langkahmu sudah tidak terdaya.. 

Apa gunanya engkau terus di situ? 

Jika kata-katamu tiada makna.. 

Mengapa perlu terus kau berkata-kata..

Aku masih di sini kerana Allah 
Aku berdiri tegak di sini kerana kamu 
Jika hidup aku sudah musnah 
Tak termampu aku melihat hidupmu begitu.. 
Jika hati ku sudah mati 
Tidak sanggup ku melihat kau hidup tanpa perasaan 
Jika langkah ku sudah terhenti 
Tidak aku ingin kau terus berada di situ.. 
Di sisi gelap penuh lara..

Jika kata-kata ini tidak bermakna padamu buat hari ini.. 
Moga ada harinya kau akan tersedar.. 
Lalu membaikinya.. 
Moga ada harinya kau akan hidupkan Hatimu 
Yang hampir mati.. 
Moga ada harinya kau akan bangkit 
Seraya berlari mengejar cahaya di hujung lorong.. 
Aku sentiasa berdoa.. 
Agar kau akan sedari hal ini..


KARYA : Z

No comments:

Post a Comment