Tak tahu sama ada perlu pilih yang mana
Sama ada rakan ku dari kecil
Atau
Orang yang baru aku kenal tidak sampai setahun
Mereka sering buat aku ketawa
Walaupun cara mereka kadang kala
MEREPEK
Tapi aku tahu mereka cuma ingin melihat
Aku gembira
Tapi
Apabila kedua-duanya memberitahu kepadaku
Tentang perasaan mereka
Sungguh!
Aku keliru
Aku tidak tahu harus ku pilih yang mana
Dua dua terlalu baik bagi ku
Ya aku bersyukur kerana mereka hadir
Walaupun mereka mempunyai kekurangan
Tapi aku tak kisah
Kerna aku tahu tiada manusia yang sempurna
Di muka bumi ini
Tapi
Aku takut kehilangan mereka
Jika antara salah satu daripada mereka
Tahu
Aku sudah JATUH kepada yang lain
Bukan orang asing tapi
Antara salah satu daripada mereka
Tentu mereka kecewa denganku
Aku takut kehilangan mereka
Telah banyak kenangan mungkin?
Aku terlalu keliru dengan perasaanku sendiri
Tidak tahu mana yang terbaik
Ada yang kata
Pilih sahaja yang telah lama aku kenali
Tapi perasaan ku terhadapnya telah pudar
Sejak beberapa tahun lalu
Aku mula menaruh perasaan
Kepada
Orang yang aku kenal belum sampai setahun
Kerna dia mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan
Tapi sehingga kini aku tidak tahu harus
Ku pilih yang mana
Jadi keputusan ku
Teruskan persahabatan aku bersama mereka
Semoga ini menjadi pilihan yang terbaik
Aku tak sanggup kehilangan mereka
Aku sayang mereka
Ya aku sayang
Malah aku sayang semua orang
Walaupun mereka membenciku...
KARYA : E
No comments:
Post a Comment