Saturday, 4 October 2014

MAAF

Maafkan aku
kerana aku ubah diriku
aku tahu itu silapku
tapi aku lakukannya kerana bersebab

Biar
biarlah cuma aku sahaja yang tahu kenapa
tapi usah kau risau
kerana aku tetap akan jadi aku
mungkin aku jadi lain tapi aku akan cuba
cuba untuk menjadi yang terbaik

Bukan
bukanlah kehendakku untuk mengubah diriku
tapi keadaan yang membuatkan ku 
menjadi sebegitu

Maaf
maafkan aku jika aku melukakan mu
maafkan aku jika diriku yang sekarang membuatkan
kamu tidak selesa apabila bersama ku
maafkan aku atas segala-galanya

Sedar
aku sedar aku berubah 
tapi aku sama sekali tidak sedar bahawa aku telah menyakiti kalian
maafkan aku
bukan niatku untuk menjadi sebegitu 

Cuba
akan aku cuba untuk memperbetulkan keadaan
akan aku cuba untuk membaiki segalanya
akan aku cuba jadi yang terbaik
sungguh aku kesal dengan diriku

doakan aku supaya aku menjadi
kuat dan tabah untuk mengharungi semua ini
terima kasih kerana sentiasa ada untukku.. 

KARYA : E 
 

No comments:

Post a Comment