Monday, 5 January 2015

Kebodohan atau Kesetiaan

Cintamu ini sudah meracuniku
Seakan telah mengalir dalam darahku
Dan memaksa malamku terus memikirkanmu 
Masuk dalam mimpi-mimpiku

Tiada kata yang dapat mentafsirkan 
Sedalam mana hati ini mencintaimu
Adakah sedalam lautan Hindi
Atau sehangat belaian kasih
Mahupun sedingin tiupan penghawa dingin

Mengapa aku bodoh
Masih mengejar cinta yang tak pasti
Masih memilih dia
Masih memikirkan dia

Sehingga tiada siapa lagi yang 
BERJAYA
Menjelajah jiwa ini
Mengetuk pintu hati ini

Aku terfikir-fikir
Apakah takdir 
Yang telah terlakar
Disebalik rasa yang tak terbelah bahagi ini

Adakah Dia mahu aku 
Belajar setia dengan
Mencintai seseorang tanpa berbelah bahagi
Apakah takdirnya

Adakah suatu hari nanti 
Kami akan bersatu
Dalam ikatan yang sah

Ataupun
Sekadar mempaksikan 
Rasa ini pada orang yang 
Tidak akan dimiliki agar
Cinta yang bakal dimiliki oleh yang selayaknya
Tidak ternoda
Dengan pencemaran-pencemaran dunia..

Aku tak mampu 
Memikirkan apa-apa
Penentunya

Aku hanya mampu menunggu
Membiarkan hati ini 
Terus mencintai 
Lelak itu
Walaupun batinku terseksa
Biarkan

Karya:Z

2 comments: