Maaf jika coretan ku
Mengguris hatimu
Menyentap jiwamu
Maaf di saat
Aku hampir terjatuh..
Terkulai di
Persimpangan itu..
Aku tak mampu memilih
Tak mampu membezakan
Mana kaca
Mana permata
Kerna pada ku
Semua bagaikan kaca
Yang berlainan rupa
Dan nilai
Yang akan pergi
Tika aku memerlukan
Yang susah
Tuk memahami rasa ini..
Tika malam itu
Aku bersyukur kerna
Kau mampu menegurku
Walau di awal perbicaraan
Kau hampir
Membuat aku terkulai
Namun
Ku gagahkan juga..
Meniti hingga ke penghujungnya
Melihat apa penghabisan
Pertemuan kita
Sering terfikir
Mengapa perlu ada
Mulut-mulut di belakang
Yang mampu berkata-kata
Tapi tak mampu memimpin
Memburuk-burukkan aku
Tanpa mahu membantu
Berkata itu dan ini
Sedangkan dia membawa pergi
Semua prang yang dapat membantu
Terus menghasut
Sehingga aku hampir
Hilang semuanya..
Aku biarkan
Kerna
Aku tak mampu menahan
Aku tak mampu memarahi
Aku tak berani
Takut dengan bayang-bayang
Aku teringin sekali bertanya
Sampai bila kau akan begini
Terus mencari kesalahanku
Melihat
Dengan hijab yang tertutup
Hati yang tertutup..
Entah..
Teringin sekali aku bertanya
Mengapa kau bawa
Semuanya pergi
Mengapa kau perlu
Tinggalkan titik tirtik hitam dalam
Hidup aku..
Aku terus mereka
Jawapan sendiri
Berbisik di hati
'Tanpa dia yang membuat aku hampir terjatuh
Aku tak akan belajar apa-apa
Aku akan terus alpa
Kerna ini hidup realiti
Bukan seperti di game
Yang boleh di Restart..
Apa bila perjalanannya makin susah'
Karya:Z




No comments:
Post a Comment